Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Amang seksual pelajar, guru maahad tahfiz mengaku tak bersalah
Published on: Thursday, June 15, 2023
Published on: Thu, Jun 15, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Amang seksual pelajar, guru maahad tahfiz mengaku tak bersalah
Seorang guru maahad tahfiz berdepan tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Guru maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki, tahun lalu.

Tertuduh, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Siti Noraidi Sulaiman.

Advertisement
Menurut Berita Harian, tertuduh yang juga warden asrama didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dalam sebuah bilik asrama pusat pengajian di Benut, Pontian pada Julai dan November 2022, dan Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin menawarkan jaminan RM20,000 serta syarat tambahan, tertuduh dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai, selain perlu melapor diri di balai berhampiran dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Omar Kutty Abdul Aziz yang mewakili tertuduh selaku peguam memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh yang berpendapatan RM1,800 sebulan menanggung isteri yang sarat mengandung anak pertama.

Advertisement
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat-syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes itu ditetapkan pada 23 Julai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here