Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Gagasan Rakyat siap siaga hadapi PRN: Hajiji
Published on: Monday, June 19, 2023
Published on: Mon, Jun 19, 2023
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Gagasan Rakyat siap siaga hadapi PRN: Hajiji
HAJIJI (tengah) bersama Ruddy dan pemimpin parti itu melakukan gimik pelancaran Gagasan Rakyat Bahagian Pitas.
PITAS: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mula mengatur persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) bermula dengan pelancaran Gagasan Rakyat Bahagian Pitas, Sabtu.

Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semua 73 bahagian parti itu perlu bersiap sedia dari sekarang untuk memastikan kemenangan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

Advertisement
Beliau berkata, semua bahagian dan cawangan, termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat perlu bergerak awal mengukuhkan jentera parti dan menambah keahlian di semua bahagian. 

“Inilah yang kita akan lakukan bermula di Bahagian Pitas ini kerana tidak lama lagi Pilihan Raya Umum (PRU), iaitu kira-kira dua tahun lagi. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kalau GRS dan 73 bahagian Gagasan Rakyat sudah sedia, kuatkan bahagian, banyakkan ahli di cawangan, kuatkan jentera sayap kita, wanita, pemuda dan beliawanis, insyaAllah kita boleh fikirkan untuk pastikan kita mendapat mandat rakyat sekali lagi pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika melancarkan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas di Dataran Pitas, Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pitas Datuk Seri Ruddy Awah, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pemuda GRS Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis, Emmie M. Idang.

Advertisement
Gagasan Rakyat Bahagian Pitas adalah yang pertama dilancarkan oleh Hajiji di peringkat bahagian selepas pelancaran Gagasan Rakyat di peringkat negeri pada 2 Mac lalu. 

Hajiji berkata, berdasarkan sambutan rakyat terhadap parti itu yang semakin memberangsangkan, beliau yakin Gagasan Rakyat mempunyai masa depan yang cerah di negeri ini. 

Advertisement
“Rakyat kita mahu sebuah parti tempatan untuk menjadi platform kita berjuang membela nasib rakyat kita di Sabah.

Kita tubuh parti ini bukan mudah, semua tahu perjalanan politik kita di Sabah ini berliku dan penuh cabaran hebat. 

Tapi saya yakin dengan Gagasan Rakyat ini insyaAllah perjuangan parti tempatan ini kita dapat angkat bersama GRS untuk Sabah ini.

Inilah gabungan besar yang akan kita pakai dalam PRN akan datang. 

“Kita mahu menyatupadukan rakyat kerana kita telah mengalami pelbagai gelombang cabaran politik Sabah, bukan mudah untuk kita sampai ke kedudukan kita hari ini sehingga kita berjaya menggunakan parti tempatan,” katanya. 

Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa Gagasan Rakyat yang berkonsepkan parti berbilang kaum diterima rakyat Sabah. 

Katanya, perjuangan parti itu akan memberi isyarat jelas kepada parti pembangkang di Sabah bahawa Gagasan Rakyat dan GRS akan menjadi platform politik yang kuat pada masa akan datang di Sabah. 

Hajiji turut mengulangi keyakinannya terhadap keupayaan GRS yang kini dianggotai tujuh parti dalam menghadapi apa saja cabaran ke arah membangunkan Sabah seperti aspirasi rakyat negeri ini. 

“Inilah perjuangan kita dalam Gagasan Rakyat, kita pilih parti lokal, cukuplah kita ikut parti nasional.

Sekarang tiba masa untuk kita pakai parti lokal, tapi kita tidak boleh gaduh dengan parti nasional. Kita mesti juga kawan dan kerjasama dengan parti nasional tapi keutamaan kita ialah parti tempatan. 

“Kita juga mesti kuatkan GRS dan kerjasama dengan rakan komponen kerana kalau kita bersatu padu kita akan lebih kuat dan maju. Kita perlu belajar dari kesilapan lalu, kita banyak bergaduh menyebabkan orang lain mengambil kesempatan,” katanya. 

Dalam pada itu, Hajiji memberi jaminan pembangunan daerah termasuk di Pitas akan diberi keutamaan sejajar komitmen kerajaan GRS untuk membawa pembangunan menyeluruh dan membela nasib rakyat negeri ini. 

Katanya, setiap projek yang diumumkan kerajaan pasti akan dilaksanakan demi pembangunan negeri dan kepentingan rakyat terutama di luar bandar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here