KUNAK: Pelajar lepasan SPM yang tidak berjaya mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) digalakkan supaya meneruskan pengajian mereka sama ada di Politeknik atau institusi teknikal yang menawarkan pengajian dalam bidang kemahiran.Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Mohd Yusof Apdal berkata, bidang kemahiran antara peluang yang boleh menawarkan peluang kerjaya selepas mereka menamatkan pengajian atau kursus yang diambil.
Kadar kebolehpasaran graduan yang mengikuti Kursus Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) meningkat peratusannya iaitu lebih 90 peratus berdasarkan permintaan dalam pasaran pekerjaan ketika ini.
Advertisement





