Kota Kinabalu: Senator Tan Sri Anifah Aman dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, berkuat kuasa 19 Jun.
Pelantikan beliau adalah untuk dua tahun sehingga 18 Jun 2025 mengikut Seksyen 5 (1) Akta Perbadanan Labuan (Akta 609).
Perbadanan itu dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada Anifah dan berharap beliau akan memantapkan lagi tadbir urus dan fungsi PBT yang dilaksanakan.
“Kredibiliti dan pengalaman luas beliau di pelbagai peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan terus cemerlang dan mencapai misi yang dirancang ke arah menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan mampan dan makmur menjelang 2026,” katanya.
Pada Mac lalu, bekas menteri luar itu mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.