Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Proklamasi Orang Melayu: Dr M sahkan bertemu Muhyiddin selepas Aidiladha
Published on: Wednesday, June 28, 2023
Published on: Wed, Jun 28, 2023
By: FMT, Mohamad Fadli
Text Size:
Text:
Proklamasi Orang Melayu: Dr M sahkan bertemu Muhyiddin selepas Aidiladha
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menjelaskan kepada Muhyiddin Yassin mengenai isu orang Melayu.
SEPANG: Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan bertemu dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin selepas Aidiladha untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.

Bekas perdana menteri itu berkata pertemuan itu tidak dapat diadakan sebelum Hari Raya Haji yang disambut esok kerana kesuntukan masa.

Advertisement
“Saya akan jumpa dia untuk menerangkan mengenai Proklamasi Orang Melayu,” katanya pada sidang media.

Beliau sekali lagi menegaskan proklamasi itu bukan untuk menyokong mana-mana pihak tetapi mahu menumpukan usaha membantu orang Melayu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semalam, FMT melaporkan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu bersetuju bertemu dengan Mahathir berkait dengan Proklamasi Orang Melayu, diasaskan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu pada Mac lalu.

Mahathir sebelum ini berkata, proklamasi itu bertujuan menyatukan orang Melayu melangkaui garis politik. Ia menarik sokongan dan ditandatangani beberapa pemimpin parti pembangkang termasuk Presiden PAS Hadi Awang dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu atas kapasiti persendirian.

Advertisement
Awal bulan ini, Mahathir dilaporkan berkata sedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekali lagi, tiga tahun selepas hubungan mereka renggang susulan “Langkah Sheraton”, menyaksikan pentadbiran beliau ketika itu tumbang dan digantikan kerajaan PN pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Dalam pada itu, Mahathir menyindir Umno yang mahu menganjurkan Kongres Ekonomi Melayu untuk menyaingi proklamasi dianjurkannya.

Advertisement
“Sekarang baru teringat nak buat kongres, selama ini cuma teringat nak buat duit,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here