Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ibadah korban eratkan silaturrahim masyarakat: Hajiji
Published on: Friday, June 30, 2023
Published on: Fri, Jun 30, 2023
Text Size:
Text:
Ibadah korban eratkan silaturrahim masyarakat: Hajiji
HAJIJI menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor
Kota Kinabalu: Pelaksanaan ibadah korban mampu mengeratkan ikatan silaturrahim masyarakat negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ibadah korban bukan sahaja sebagai iktibar pengorbanan Nabi Ibrahim tetapi juga mampu mengeratkan silaturahim masyarakat pelbagai kaum dan agama kaum di Sabah.

Advertisement
Selain itu juga, Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan agung masyarakat Islam melaksanakan ibadah korban selain meraikan jutaan umat islam yang berada di tanah suci Mekah menunaikan ibadah haji.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Perasmian Dewan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Surau Al Jannah di IPD Tuaran pada Khamis. Dewan yang dinamakan sempena nama beliau itu dilengkapi alat penghawa dingin dan menpunyai kapasiti 100 orang dalam satu masa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, Hajiji menyerahkan sumbangan dua ekor lembu kepada IPD Tuaran untuk diagih-agihkan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Jasnih Daya, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Balai Polis IPD Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin.

Advertisement
Terdahulu pada Khamis, Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Hajiji masing-masing menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di sini dan di Tuaran.

Di Kota Kinabalu, Juhar menyertai lebih 2,500 jemaah di Masjid Negeri Sabah.

Advertisement
Ketibaan Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni pada jam 7.30 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Menteri lll, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Ruslan Muharam dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Juhar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Malai Ali Malai Ahmad.

Sejurus tiba, Juhar dan Norlidah sempat bersama menyertai jemaah melaungkan takbir hari raya Aidiladha.

Sekitar 7.45 pagi, solat sunat Hari Raya Aidiladha diimamkan Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kaunting disusuli khutbah bertajuk Aidiladha: Hayati dan Mensyukuri yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Sebelum beredar meninggalkan majlis sekitar 8.45 pagi, Juhar dan Norlidah sempat meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Dalam pada itu, sempena ibadah korban tahun ini, Juhar melalui Istana Seri Kinabalu mengagihkan 19 ekor lembu kepada tujuh masjid, empat surau, dua sekolah tahfiz, dua rumah anak yatim dan selebihnya kepada agensi kerajaan persekutuan dan negeri sekitar daerah Putatan, Tuaran, Kota Belud, Keningau, Pitas dan Kota Kinabalu. 

Sebahagian 2,500 jemaah mendengar khutbah di Masjid Negeri Sabah.

Di TUARAN, Ketua Menteri menunaikan solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah di Masjid Haji Noor, Kg Serusup.

Beliau yang tiba sekitar jam 7.30 pagi disambut oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah, Datuk Norjeli Dais bersama ahli jawatankuasa masjid.

Hajiji turut melaungkan takbir hari raya bersama jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang dipimpin oleh Imam Masjid, Muhammad Aslam Jubair Jifrih, disusuli khutbah Aidiladha disampaikan oleh Ketua Imam Masjid Haji Noor, Abdul Basit Salleh.

Seusai solat pada jam 8.30 pagi, Hajiji mengambil kesempatan bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum bertolak ke majlis perasmian Dewan Baru Surau Al Jannah di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here