Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kategori hutan simpan baharu: Hajiji
Published on: Thursday, July 06, 2023
Published on: Thu, Jul 06, 2023
Text Size:
Text:
Kategori hutan simpan baharu: Hajiji
Hajiji berkata 3.575 juta hektar hutan di Sabah dilindungi sepenuhnya sekarang berbanding 3.574 juta hektar tahun lepas, sambil menambah, ini mewakili 64 peratus daripada keluasan tanah negeri.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Negeri menyemak semula Enakmen Hutan 1968 bagi memasukkan klasifikasi baharu hutan simpan untuk masyarakat.

“Ini bagi menggalakkan masyarakat setempat melibatkan diri dalam usaha pemuliharaan hutan, selain pertimbangan penempatan masa depan untuk mereka mengikut keperluan dan kesesuaian mereka,” katanya.

Advertisement
Berucap pada majlis Apresiasi Perhutanan di Magellan Sutera Resort di Kota Kinabalu pada 26 Jun, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha Jabatan Perhutanan Negeri dalam melindungi, memelihara dan memulihara hutan di Sabah.

Selepas Dewan Undangan Negeri meluluskan pindaan Enakmen Hutan baru-baru ini, beliau berkata hutan simpan kekal negeri akan meningkat kepada 566.57 hektar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata 3.575 juta hektar hutan di Sabah dilindungi sepenuhnya sekarang berbanding 3.574 juta hektar tahun lepas, sambil menambah, ini mewakili 64 peratus daripada keluasan tanah negeri.

Ketua Menteri mahu Jabatan Perhutanan Negeri meningkatkan usaha melindungi hutan Sabah menerusi pelbagai langkah antaranya melalui inisiatif Heart of Borneo (HoB) yang bermula pada 2007 dan inisiatif Forest Beyond Timber yang meneroka potensi menjana hasil bukan dari kayu
Advertisement
balak daripada hutan sebagai alternatif kepada mewujudkan pendapatan baru untuk negeri.

“Usaha ini penting untuk menyokong pemuliharaan hutan melalui peralihan daripada bergantung kepada bekalan sumber kayu daripada hutan dara kepada pendapatan bukan berasaskan kayu.
Advertisement
“Peralihan ini akan membantu Sabah mengekalkan peratusan litupan hutan. Justeru itu, saya berharap usaha pemuliharaan ini akan diteruskan dengan penuh semangat, kecekalan dan dedikasi agar khazanah hutan Sabah terus terpelihara,” katanya.

Pada malam penghargaan itu, 24 pemegang lesen Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Lestari (SFMLA) dan 13 pengurus kawasan Pengurusan Hutan Lestari (SFM) menerima sijil akreditasi tahun ini daripada Jabatan Perhutanan Negeri atas pencapaian pematuhan.

Ketua Menteri berharap pensijilan itu akan terus memotivasikan syarikat konsesi SFMLA dan pengurus kawasan SFM untuk mencapai sasaran tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here