Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Kim Swee gembira dengan semangat juang pemain
Published on: Tuesday, July 25, 2023
Published on: Tue, Jul 25, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Kim Swee gembira dengan semangat juang pemain
KWAN Min Ko (kanan) dihalang oleh Ayron semasa perlawanan tersebut.
Kota Kinabalu: Sabah FC kembali tersungkur dengan kekalahan 0-1 kepada Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam Ahad lalu.

Pasukan yang meledak empat gol ketika menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Likas seminggu lalu gagal menemui sasaran kali ini.

Advertisement
Seperti yang dijangka, Selangor berharap dapat membalas dendam terhadap kekalahan mereka pada pusingan pertama dan dengan sokongan penyokong tuan rumah mereka bermula dengan lebih agresif dengan gerakan tanpa henti ke kawasan Sabah.

Kapten Badak, Park Taesu hampir menjaringkan gol sendiri pada minit ke-6 apabila tandukannya ketika cuba mengeluarkan bola sedikit tersasar tatkala penjaga gol Damien Lim sudah tertewas.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pasukan tuan rumah akhirnya mendahului menerusi pemain import mereka Ayron Del Valle dengan rembatan kencang yang melantun melepasi garisan gol selepas terkena palang pada minit ke-23.

Mereka terus melancarkan serangan bertali arus ke gawang Sabah selepas gol pembukaan itu dan Ayron dinafikan gol kedua apabila rembatan jarak jauhnya ditanduk keluar di atas garisan gol oleh Dominc Tan pada minit ke-43.

Advertisement
Sabah FC cuba bangkit pada babak kedua dan kelihatan lebih mengancam tetapi tidak dapat melakukan sebarang percubaan serius ke pintu gol lawan.

Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-50 apabila pemain import dari Korea, Kwan Min Ko menyaksikan rembatannya terpantul sedikit sebelum terkena palang.

Advertisement
Walaupun kalah, Datuk Ong Kim Swee cukup gembira dengan semangat juang yang dipamerkan pemain.

“Sudah tentu ia bukan keputusan yang baik untuk kami hari ini tetapi kami cuba bangkit selepas kami dibolosi. Itu adalah perkara positif yang anda boleh lihat terutamanya pada separuh masa kedua.

“Kami berusaha keras tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol. Jadi kami benar-benar perlu meningkatkan prestasi kami dalam perlawanan di tempat lawan dan itu adalah kebimbangan utama kami.

“Secara keseluruhan, kami bersaing dengan baik dan ia adalah perlawanan yang seimbang, tetapi pada masa sama kami juga tahu Selangor bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan di tempat sendiri.

“Saya harap kami dapat bangkit daripada ini kerana sangat penting untuk mengekalkan momentum kami,” katanya.

Beliau juga yakin pasukan itu masih boleh memperbaiki kedudukannya di tangga kelima dalam liga ketika ini.

“Masih ada perlawanan untuk dimainkan musim ini. Empat pasukan teratas masih belum bermain antara satu sama lain dan ketika itulah mereka mungkin kehilangan mata, jadi kami masih mempunyai harapan untuk menamatkan saingan di kelompok tiga teratas jika kami cukup konsisten,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here