Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hajiji hargai peranan penting PBS
Published on: Wednesday, July 26, 2023
Published on: Wed, Jul 26, 2023
Text Size:
Text:
Hajiji hargai peranan penting PBS
Mengetuai rombongan PBS bertemu Hajiji, yang juga Pengerusi GRS, ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. - Foto Bernama
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghargai peranan penting Parti Bersatu Sabah’s (PBS) dalam mengukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebagai rakan kongsi utama dalam GRS, Hajiji berkata PBS perlu terus bekerja keras seiring dengan ahli komponen lain untuk mengukuhkan lagi gabungan tempatan itu sebagai pilihan utama rakyat Sabah.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan tertinggi PBS di Seri Gaya, di sini, Selasa.

Mengetuai rombongan PBS bertemu Hajiji, yang juga Pengerusi GRS, ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semasa mesyuarat itu, Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata PBS, sebagai salah satu komponen utama GRS, berikrar untuk bekerjasama rapat dengan parti komponen lain bagi mengukuhkan gabungan itu.

Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Jahid Jahim dan Datuk Seri Dr Yee Moh Chai, Naib Presiden Datuk Ruslan Muharam dan Hendrus Anding, Setiausaha Agung Datuk Julita Majungki, Bendahari Agung Datuk Lu Kim Yen, Penolong Setiausaha Agung Jonnybone Kurum dan Penolong Bendahari Agung Lo Su Fui.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here