Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelancong China puas hati keselamatan di Esszone
Published on: Sunday, August 13, 2023
Published on: Sun, Aug 13, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pelancong China puas hati keselamatan di Esszone
Huang (kiri) dan Victor semasa kunjungan hormat ke ESSCom di Lahad Datu.
LAHAD DATU: Pelancong China ke Sabah dan khususnya pantai timur negeri itu atau Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) berpuas hati dengan tahap keselamatan di kawasan berkenaan, kata Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Huang Shifang.

Beliau berkata Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melaksanakan tugas dengan baik dan tiada lagi keraguan akan keselamatan di pantai timur Sabah.

Advertisement
“Sebab itulah saya datang ke sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan Esscom memastikan kawasan pantai timur sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat, dan ini memberikan keyakinan kepada semua warga China ke negeri ini termasuk pelancong mahupun pelabur,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Esscom pada Sabtu. 

Huang turut berharap agar hubungan serta komunikasi dua hala antara Pejabat Konsulat Republik China di Kota Kinabalu dan Esscom dapat diperkukuh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jumaat lepas, Huang melakukan lawatan kerja rasmi ke Kluster Perindustrian Minyak Sawit (POIC) di sini serta meluangkan masa bertemu Komander Esscom DCP Victor Sanjos di Pejabat Esscom.

Sementara itu, Victor dalam kenyataan sama berkata pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan pelancong yang berkunjung ke pantai timur Sabah serta siap siaga mempertahankan keselamatan Esszone daripada sebarang ancaman luar.

Advertisement
“Esscom merancang mengadakan jalinan kerjasama strategik bersama agensi lain termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Imigresen.

“Langkan ini ke arah mewujudkan satu data pergerakan pelancong bagi memudahkan pasukan keselamatan memantau pergerakan serta keberadaan pelancong agar bantuan segera dapat diberikan sekiranya berlaku kes kecemasan atau luar jangka,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here