Kota Kinabalu: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) sedang meneliti kemungkinan memajukan tanah miliknya menjadi perumahan mampu milik yang dapat memberi manfaat kepada koperasi serta ahlinya yang boleh membeli rumah di bawah harga pasaran.
Pengerusinya Jaibit Jaudin berkata ini hanyalah idea buat masa ini yang sedang diteliti oleh Kopeks sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjangnya, menambah koperasi itu juga telah mengenal pasti dua tanahnya di Manggatal di sini dan di Lahad Datu yang berpotensi dimajukan untuk tujuan tersebut.
“Kami percaya ini (perumahan mampu milik) adalah idea terbaik dalam usaha kami membangunkan kedua-dua tanah ini kerana ia boleh memberi manfaat kepada koperasi dan ahli yang boleh membeli rumah mampu milik di bawah harga pasaran.
“Ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang kami. Tetapi saya yakin, berdasarkan apa yang saya lihat dalam Kopeks, jika kita benar-benar menghasilkan strategi terbaik, ini tidak mustahil untuk dicapai,” katanya, menambah koperasi pada masa ini juga sedang mengintai rakan kongsi berpotensi untuk memajukan kedua-dua tanah itu.
Advertisement





