Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap lapor diri
Published on: Sunday, August 20, 2023
Published on: Sun, Aug 20, 2023
Text Size:
Text:
474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap lapor diri
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna
Kota Kinabalu: Seramai 474 pegawai perubatan kontrak yang baharu dilantik ke jawatan tetap sebagai pegawai perubatan Gred UD43 telah melaporkan diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna berkata, 339 pegawai melapor diri di hospital, manakala 135 di klinik-klinik kesihatan di negeri Sabah, dan pada masa yang sama 103 pegawai perubatan yang bertugas di negeri Sabah pula telah berpindah keluar dari negeri ini.

Advertisement
Beliau berkata susulan pertambahan pegawai, jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang berkhidmat Sabah ketika ini adalah 1,986 orang.

“Semoga dengan pertambahan ini, perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah bertambah baik dan dapat diperluaskan lagi,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau seterusnya berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) atas komitmen dan keprihatinan bagi memastikan bilangan pegawai perubatan di Sabah dipertingkatkan, selaras dengan keperluan perkhidmatan kesihatan negeri. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here