Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Hanya khabar angin: Shahelmey 
Published on: Friday, August 25, 2023
Published on: Fri, Aug 25, 2023
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Hanya khabar angin: Shahelmey 
Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat sebelum ini digantung keahliannya dalam Umno susulan tindakannya menyokong dan menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri ketika kemelut politik yang berlaku awal tahun ini.
PUTATAN: Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya menganggap dakwaan beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen seperti yang didakwa hanya sebagai khabar angin semata-mata.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Menteri itu menegaskan bahawa fokusnya ketika ini yang juga sebagai Menteri Kerja Raya hanya mahu menyelesaikan masalah bekalan air dan jalan raya di negeri ini.

Advertisement
“Itu semua khabar-khabar angin, jangan terlampau difokus. Kita fokus kepada kerja saja. Tiada apa-apa setakat ini, saya tumpukan masa untuk selesaikan masalah air dan juga jalan raya,” katanya ringkas selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Ceramah Motivasi Sabah Maju Jaya di Dewan Sri Putatan di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan di mana tujuh Ahli Parlimen BN, termasuk seorang dari Sabah, akan mengosongkan kerusi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat sebelum ini digantung keahliannya dalam Umno susulan tindakannya menyokong dan menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri ketika kemelut politik yang berlaku awal tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here