Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
GRS terbuka jalin kerjasama mana-mana parti politik: Hajiji
Published on: Saturday, August 26, 2023
Published on: Sat, Aug 26, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
GRS terbuka jalin kerjasama mana-mana parti politik: Hajiji
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya tidak akan menolak apa juga cadangan asalkan ia membawa kebaikan kepada negeri dan perpaduan rakyat Sabah.
PAPAR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya tidak akan menolak apa juga cadangan asalkan ia membawa kebaikan kepada negeri dan perpaduan rakyat Sabah.

Advertisement
“Kita terbuka dalam hal-hal untuk kebaikan Sabah. Sekarang ini, seperti mana kita sedia maklum, kerajaan (negeri) antara GRS, PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional). Kita satu kerajaan yang terbuka dalam apa juga cadangan yang baik untuk perpaduan rakyat dan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa Dua di sini, pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri Sabah itu mengulas kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu daripada Warisan Datuk Mohd Yusof Apdal yang dilaporkan berkata penggabungan atau jalinan kerjasama antara Warisan dan GRS dilihat tidak mustahil demi rakyat dan negeri Sabah.

Bagaimanapun Mohd Yusof berkata pandangannya itu perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Tertinggi Warisan untuk dipertimbangkan.

Advertisement
Warisan yang diterajui  Ahli Parlimen Sempona Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah antara parti menyokong kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan namun berada di blok pembangkang dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Mohd Shafie juga adalah Ketua Pembangkang dalam Persidangan DUN Sabah. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here