Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Agensi kerajaan,  GLC wajib ambil anak miskin tegar bekerja: Hajiji
Published on: Monday, September 25, 2023
Published on: Mon, Sep 25, 2023
Text Size:
Text:
Agensi kerajaan,  GLC wajib ambil anak miskin tegar bekerja: Hajiji
Kata Hajiji lagi, dengan kerjasama dan sokongan semua pihak beliau yakin Sabah dapat keluar dari senarai negeri paling ramai penduduk miskin.
PETALING JAYA: Sabah mewajibkan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelabur luar di negeri itu untuk mengutamakan golongan miskin tegar dalam pengisian jawatan kosong.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata langkah mewajibkan jawatan kosong kerani dan ke bawah diberi kepada pemohon dalam senarai e-kasih adalah bertujuan mengurangkan jumlah miskin tegar di negeri itu, lapor Berita Harian.

Advertisement
Katanya, bagi merealisasikan inisiatif itu kerajaan negeri memperuntukkan RM175 juta sebagai sokongan kepada agensi kerajaan, GLC dan syarikat pelabur terlibat.

“Kerajaan negeri meluluskan RM300 juta khusus untuk mereka dalam senarai miskin tegar ini. Daripada RM300 juta ini, kita bina 1,300 rumah percuma Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) membabitkan peruntukan RM125 juta.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bakinya, RM175 juta diguna membantu anak miskin tegar mendapat pekerjaan di agensi kerajaan, GLC dan syarikat yang melabur di Sabah.

Kita buat keputusan wajibkan pengambilan jawatan kerani ke bawah daripada golongan miskin tegar ini,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Advertisement
Beliau berkata demikian pada pelancaran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kuamut, di Tongod Sabtu lalu.

Kata Hajiji lagi, dengan kerjasama dan sokongan semua pihak beliau yakin Sabah dapat keluar dari senarai negeri paling ramai penduduk miskin.

Advertisement
Sabah ketika ini disenarai sebagai negeri paling ramai golongan miskin dengan tiga daerahnya iaitu Tongod, Pitas dan Kota Marudu dikenal pasti sebagai daerah termiskin di negara ini.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here