Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pembangunan harta wakaf perlu dipelbagai: Hajiji
Published on: Tuesday, September 26, 2023
Published on: Tue, Sep 26, 2023
Text Size:
Text:
Pembangunan harta wakaf perlu dipelbagai: Hajiji
Hajiji berkata, wakaf terus berkembang dengan hebatnya di zaman kegemilangan Islam sehingga wujudnya begitu banyak universiti, sekolah, hospital serta fasiliti-fasiliti awam lain yang dibina berasaskan kaedah dan model wakaf.
Kota Kinabalu: Sabah mempunyai potensi besar dalam membangunkan ekonomi dan sosial masyarakatnya melalui perancangan projek pembangunan harta wakaf yang telah dan bakal dilaksanakan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Namun katanya, pembangunan harta wakaf di Sabah perlu dipelbagaikan dan dikembangkan dari masa ke semasa agar manfaatnya dapat membangunkan komuniti Islam secara komperhensif.  

Advertisement
“Ia kerana wakaf memainkan peranan penting dalam menyokong pelbagai tujuan sosial, agama dan pendidikan. Sebenarnya, wakaf adalah salah satu sumber ekonomi dan pembangunan sosial umat Islam. Malah, transaksi wakaf telah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan ekonomi umat Islam di seluruh dunia,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Wakaf dan Zakat serta Pelancaran Wakaf Tunai Kesihatan dan Klinik Bergerak Pertama Waqaf An-Nur – Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Dewan Tun Sakaran Ballroom, Raia Hotel, di sini, pada Isnin. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Mohd Arif. 

Hajiji menambah, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan kepada Muis untuk terus memperkukuhkan, pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf dengan memberikan penekanan terhadap kerjasama dan keterlibatan bersama pelbagai pihak pemain industri wakaf di Malaysia. 

Advertisement
“Ini termasuklah daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, entiti perniagaan korporat yang ingin sama-sama menyumbang kepada usaha tersebut ke arah menjadikan Sabah sebagai negeri mesra dan celik ibadah wakaf menjelang tahun 2030,” tegasnya. 

Hajiji berkata, wakaf terus berkembang dengan hebatnya di zaman kegemilangan Islam sehingga wujudnya begitu banyak universiti, sekolah, hospital serta fasiliti-fasiliti awam lain yang dibina berasaskan kaedah dan model wakaf.

Advertisement
Beliau berkata, antara yang termasyhur adalah Universiti Al-Azhar yang dibangunkan serta diurus dengan menggunakan wakaf secara keseluruhannya. 

“Sehingga ke hari ini, kesinambungan pembangunan wakaf semakin pesat berkembang dan berlangsung dengan jayanya di serata negara Islam.  

“Di Sabah, Muis adalah pemegang amanah tunggal bagi semua hartanah wakaf dan  Rang Undang-Undang Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2018 menyatakan dengan jelas di bawah Seksyen 3(1)(a) yang memperuntukkan bahawa: “Majlis merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua jenis mawquf”. 

“Semoga dengan semua usaha yang diambil ini akan memastikan industri wakaf dapat terus diperkukuhkan di negeri ini, mengikut acuan masa kini serta berlandaskan hukum syarak. 

“Saya berharap kesan daripada usaha ini boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat yang akhirnya dapat menjadikan wakaf sebagai wadah pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi ummah”, tambahnya. 

Hajiji juga mengucapkan tahniah kepada  Waqaf An-Nur Corporations dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad kerana menyokong inisiatif pembangunan wakaf kesihatan di negeri Sabah, menerusi termeterainya usahasama antara Muis, Waqaf An-Nur dan KPJ Sabah Specialist Sdn.Bhd bagi mewujudkan Klinik Bergerak Pertama Waqaf An-Nur – Muis di Sabah.  

Katanya, klinik bergerak itu adalah sumbangan wakalah (wakil) zakat perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berharap perkhidmatan klinik itu bukan hanya di sekitar Kota Kinabalu sahaja, sebaliknya turut diperluaskan ke daerah lain di Sabah, agar lebih ramai akan menerima manfaatnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here