Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sokongan masyarakat Cina dihargai: Hajiji
Published on: Thursday, September 28, 2023
Published on: Thu, Sep 28, 2023
Text Size:
Text:
Sokongan masyarakat Cina dihargai: Hajiji
Hajiji mahu masyarakat Cina di Sabah terus bekerjasama dengan Kerajaan untuk membangunkan negeri ini kerana ramai daripada mereka termasuk kaum Hokkien terbukti merupakan ahli perniagaan berjaya.
KERAJAAN Negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai sokongan berterusan masyarakat Cina yang bersama-sama Kerajaan sebagai rakan kongsi dalam setiap sektor pembangunan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata dengan sokongan padu masyarakat termasuk kaum Cina, negeri ini berada di landasan yang betul dalam membawa pembangunan di bawah pelan hala tuju Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Advertisement
“Kejayaan kami terbukti dengan kutipan hasil yang besar. Kerajaan Negeri tidak akan berpuas hati, tetapi terus membawa lebih banyak pelaburan ke Negeri ini yang boleh mewujudkan lebih banyak limpahan ekonomi.

“Kerajaan Negeri juga sentiasa menekankan prinsip keadilan dan keprihatinan dalam semua aspek untuk membantu semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada tahun ini sahaja, kata Hajiji, Kerajaan Negeri memperuntukkan geran sebanyak RM54.05 juta kepada sekolah Cina dan mubaligh serta badan agama bukan Islam di Sabah.

“Komitmen ini jelas menunjukkan Kerajaan peka terhadap keperluan masyarakat dan komited untuk membantu tanpa mengira kaum atau agama,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Ke-24 Persatuan Persekutuan Hokkien Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan Majlis Angkat Sumpah Bahagian Wanita Ke-6 di Putera Ballroom di Bukit Padang, Kota Kinabalu, pada 17 September.

Advertisement
Ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Phoong Jin Zhe.

Hajiji mahu masyarakat Cina di Sabah terus bekerjasama dengan Kerajaan untuk membangunkan negeri ini kerana ramai daripada mereka termasuk kaum Hokkien terbukti merupakan ahli perniagaan berjaya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here