Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
NIKKI akan menyampaikan lagu Bersama Akhirnya nyanyian asal Ziana Zain pada konsert minggu kedua All Stars GV, Ahad ini. – Foto IG Nikki Palikat.
“Jika dibandingkan sama ada cabaran kali ini lebih sukar atau ketika bertanding pada edisi GV8, pada pendapat saya ianya lebih kurang sahaja. “Musuh kita sebenarnya adalah diri sendiri. Kawan kita juga diri sendiri. Untuk mengawal emosi dan suasana mental bukannya perkara yang mudah. “Tapi itulah cabaran terbesar bagi saya terutamanya kerana orang yang akan naik pentas itu adalah diri sendiri, dan semuanya bergantung pada beberapa minit itu sahaja,” ujar naib juara GV8 itu. Pada persembahan minggu pembukaan, Nikki yang menyampaikan lagu nyanyian asal Faradhiya, Bertakhta Di Hati berjaya mengumpul markah memberangsangkan dengan 71.25 peratus untuk menduduki tempat keempat. Untuk persembahan minggu kedua Ahad ini, bekas peserta Malaysian Idol musim pertama itu bakal menyanyikan lagu pilihannya, Bersama Akhirnya yang dipopularkan oleh Ziana Zain. Demi memberikan ‘keadilan’ sewajarnya kepada lagu tersebut, Nikki berkata dia akan cuba mendalami emosi dengan mengingat kembali pengalaman gagal dalam percintaan sebelum ini. “Pengalaman gagal dalam percintaan adalah beberapa kali, dengan beberapa jejaka. Tak sangka air mata pada waktu itu, hari ini saya gunakan untuk menyampaikan persembahan minggu ini. “Dalam hati, saya berterima kasih kepada para jejaka yang pernah melukai hati ini,” gurau bekas isteri komposer Audi Mok itu. Ditanya jika terdapat kejutan pada persembahan minggu ini, kata Nikki: “Untuk minggu ini rasanya tiada kejutan. Cukuplah kejutan yang tak sudah minggu lepas. Minggu seterusnya kita sambung tema kejutan.” All Stars GV masih mengekalkan formal asal penjurian iaitu berdasarkan pemarkahan 100 peratus barisan juri profesional. Untuk musim kali ini, kesemua 16 peserta akan diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli M.S, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selama 12 minggu. Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. Konsert GV10, yang dipancarkan dari Dewan Auditorium MBSA Shah Alam, bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104). kazalinah_kamaludin@yahoo.com.my





