Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Bekalan beras putih tempatan di pasaran kembali stabil’
Published on: Sunday, October 01, 2023
Published on: Sun, Oct 01, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Bekalan beras putih tempatan di pasaran kembali stabil’
KUALA LUMPUR: Stok beras putih tempatan di pasaran kembali stabil pada minggu ini berbanding minggu lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Beliau berkata keadaan positif itu berikutan kurangnya pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.

Advertisement
 “Saya mendapati di pusat operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 400 tan metrik sebulan beras tempatan dan tambahan 1,100 tan metrik lagi bagi agihan melalui semua jaringan FAMA bagi menampung keperluan,” katanya.

Chan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia 2023 di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ditanya mengenai kemungkinan ‘tangan ghaib’ yang mengambil kesempatan dalam isu kekurangan beras putih tempatan, beliau menegaskan isu berkenaan tidak perlu dipolitikkan dan menerusi ratusan operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati tiada sebarang kesalahan dan penyelewengan berlaku.

“Kita sepatutnya mencurahkan tenaga untuk isu yang lebih spesifik seperti isu logistik, pengagihan dan stok beras tempatan yang lebih efisien dan efektif,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here