FESTIVAL Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF) edisi ke-14 menutup tirainya dengan Malam Anugerah KKIFF yang penuh prestij, di Hotel Hilton, di Kota Kinabalu, petang ini (Ahad).
Pemenang Pertandingan Pembikin Filem Go10 juga akan diumumkan pada acara itu, di mana enam filem – dua finalis untuk setiap kategori – bersaing untuk hadiah utama Kinabalu Golden Awards.
Pembikin Filem Go10 ialah satu pertandingan filem pendek untuk pembikin filem dari negara Asean, Korea Selatan, Taiwan, dan Hong Kong.
Kategori yang dipertandingkan ialah Dokumentari, Naratif, dan Bahasa Orang Asal.
Pemenang Kinabalu Golden Awards masing-masing akan membawa pulang trofi dan RM3,000, manakala finalis lain akan menerima sijil Anugerah Juri.
Finalis termasuk This is Not Late to Raya bagi kategori Bahasa Orang Asal, Naga (Bahasa Orang Asal), The Night is Drunk When We Suffer (Dokumentari), Kopitiam Rocker (Dokumentari), The Homework (Naratif), dan Ocean Eyes (Naratif).
This is Not Late to Raya, arahan Jefry Musa, mengisahkan tentang seorang kanak-kanak Bajau Laut yang ingin meminjam buku dari perpustakaan.
Dia mahu belajar membaca kerana dia menyedari dia dan keluarganya tidak mempunyai dokumen adalah kerana bapanya kurang pengetahuan.
Pengarah fotografi berpengalaman Sabah, Timothy Stephen mengarahkan Dragon.
Menerusi Dragon, Jess merupakan seorang ‘Pokikitonon’ (‘bobolian’ atau pemimpin ritual yang mempunyai bakat istimewa pada usia muda) yang buta ketika gerhana matahari semasa zaman kanak-kanaknya.
Selepas beberapa dekad, Jess cuba menjalani pembedahan mata, tetapi dia dan adik perempuannya, Julia, tidak mampu menampung kosnya kerana terlalu mahal.
Jess kesuntukan masa untuk mengelakkan daripada buta secara kekal. Bagaimanapun, gerhana matahari yang akan datang mungkin akan menyembuhkannya.
The Night is Drunk When We Suffer diarahkan oleh Rian Simon Cabatingan Magtaan dari Filipina.
Dalam filem itu, seorang ibu kepada lima anak yang mabuk meluahkan kekecewaan, halangan dan aspirasinya manakala anak lelakinya yang juga seorang penyair menceritakan bagaimana semua kesengsaraan dan trauma yang mereka hadapi menjadi penguat ‘ikatan’ mereka.
Kopitiam Rocker, arahan Carey Lee, mengisahkan tentang Chin Chong Lim, seorang pengusaha kedai kopi artistik.
Seorang pemuzik rock dengan identiti misteri dan mempunyai rasa ingin tahun yang kuat, kehidupan Chin sama sekali tidak normal.
Tiada rock sinis, pesimisme, atau liberalisme dalam dirinya, sebaliknya, ia lebih kepada kasih sayang dan tanggungjawab kepada keluarga.
Dikenali dengan bakat seni dan muzik, peminat motosikal, dan kerana wajahnya yang cantik (Ronald Cheng Chung Kei dari KK), Chin juga merupakan pemilik Lido Loong Mui Kopitiam yang dikenali dengan kemahirannya membuat kopi Hainan.
Chin menyifatkan Lido sebagai syurga pemain catur untuk orang Cina. Pada waktu tengah hari, bersebelahan Loong Mui Kopitiam, pemain catur berkumpul dan berbaris untuk ‘pertempuran’ – drama kegembiraan dan pertikaian yang ‘menghiasi’ pertandingan menjadi landskap menawan untuk Lido.
Paling mencuri perhatian dari mana-mana deretan kedai lama di Lido, Loong Mui Kopitiam sudah beroperasi selama 50 tahun, dengan resepi rahsia untuk kopi Hainan diturunkan kepada tiga generasi.
Ia telah menyaksikan banyak kisah cinta romantis Kopitiam, dan Chin percaya cinta sejati bermula dengan secawan kopi bersama semangkuk nasi kepala ikan yang terkenal dan ayam goreng.
Diiringi oleh muzik rock 4A.G, seseorang boleh menyifatkannya sebagai permulaan hari yang sempurna.
Yul Baek dari Singapura mengarahkan The Homework. Apabila pelajar sekolah menengah terlupa menyiapkan kerja rumahnya, panik bermula kerana tugasan itu perlu dibuat pada hari itu juga.
Untuk mengelakkan masalah, dia mencuri kerja rumah rakan sekelasnya secara impulsif.
Bagaimanapun, akibat daripada tindakannya itu terbukti lebih teruk dari apa yang dibayangkannya, dan dia mesti menghadapi realiti ekoran pilihannya sendiri.
Satu lagi finalis dalam kategori Naratif, Ocean Eyes, arahan Shi Fang Teo, menceritakan tentang identifikasi dan rasa kekitaan.
Pertandingan Pembikin Filem Go10 diadili oleh dua juri berpengalaman – Hassan Muthalib dan Muzzamer Rahman.
Hassan ialah seorang penulis, ahli sejarah filem Malaysia dan pengkritik filem. Seorang juruanimasi perintis dan pembuat filem yang telah berada dalam industri selama hampir 60 tahun, beliau telah mengarahkan filem animasi pendek dan juga iklan, dokumentari, serta filem cereka animasi pertama di Malaysia.
Beliau juga seorang pensyarah sambilan mengenai filem dan animasi di banyak universiti berprestij di Malaysia dan luar negara.
Beliau juga sudah banyak kali menjadi juri dalam festival filem di Malaysia dan di peringkat antarabangsa serta menjadi kurator untuk segmen animasi dan filem di Singapura, Jerman, Hungary dan tempatan.
Beliau sudah beberapa kali menjadi juri untuk KKIFF, dan beliau berbangga melihat pengaruh dan kepentingannya dalam industri, terutamanya dalam menggalakkan bakat-bakat muda.
Muzzamer merupakan graduan Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara, Malaysia pada 2013. Beliau memulakan kerjaya sebagai penulis untuk majalah, televisyen, dan filem pendek.
Pada 2011, beliau menerima Anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Pelajar Malaysia ke-8 menerusi filem pendek sulungnya, Rona Maya. Pada 2012, beliau dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Fly-Rok Project Asean pertama dan Asian Film Academy 2013.
Muzzamer juga merupakan seorang kurator dan pengaturcara pada Pesta Filem Kita dan Temasya Wayang Budiman.
Filem sulungnya, Prebet Sapu, ditayangkan dalam pelbagai festival filem dan dipilih sebagai filem Malaysia untur dihantar bagi dicalonkan dalam Oscars 2022. Ketika ini, beliau sedang menghasilkan dua filem cereka sulung untuk dua pembuat filem muda.
Dalam acara sama, filem pendek yang dihasilkan semasa Makmal Filem Sabah juga akan ditayangkan.
Malam Anugerah KKIFF bermula jam 7.30 malam, kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada semua.