Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada salah guna kuasa urusan tanah di Kudat: Hajiji
Published on: Tuesday, October 10, 2023
Published on: Tue, Oct 10, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tiada salah guna kuasa urusan tanah di Kudat: Hajiji
Hajiji berkata pihak berkuasa sudah dimaklumkan tentang akaun media sosial yang membuat hantaran berhubung dakwaan itu yang bertujuan mencemarkan reputasi beliau.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada Isnin menyangkal dakwaan salah guna kuasa dalam meluluskan perjanjian tanah di Kudat.

Hajiji dalam kenyataan berkata tuduhan itu berniat jahat, bermotifkan politik dan bertujuan memburukkan namanya, dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh terhadap sebarang siasatan berhubung dakwaan itu.

Advertisement
Beliau berkata semua permohonan telah melalui prosedur yang diperlukan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan diproses di pejabat.

“Permohonan untuk tanah Yayasan Sabah telah dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd dan semuanya dilakukan mengikut undang-undang,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Baru-baru ini, tular menerusi media sosial dakwaan salah guna kuasa oleh Hajiji sebagai Ketua Menteri yang meluluskan permohonan enam tanah melibatkan 968.4 hektar di Kudat, dan dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan Sarawak.

Hajiji berkata pihak berkuasa sudah dimaklumkan tentang akaun media sosial yang membuat hantaran berhubung dakwaan itu yang bertujuan mencemarkan reputasi beliau.

Advertisement
“Saya akan berunding dengan peguam untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan palsu ini,” katanya.

Beliau berkata siasatan akan dilakukan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang didapati mendedahkan dokumen sulit yang digunakan untuk membuat dakwaan berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here