Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Syor wujud pusat aktiviti memanah, gasing di Sipitang
Published on: Monday, October 16, 2023
Published on: Mon, Oct 16, 2023
Text Size:
Text:
Syor wujud pusat aktiviti  memanah, gasing di Sipitang
Matbali (kanan) dan Yusuf (kiri) ketika melakukan gimik perasmian acara itu.
SIPITANG: Pusat aktiviti memanah dan gasing perlu dibina bagi memperkasa sukan tradisional di daerah ini. 

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata, Sipitang mempunyai bakat-bakat sukan memanah yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. 

Advertisement
“Contohnya, Rohayati Tarip dan Ismail Jumat telah mendapat tempat ketiga di Kejohanan Memanah European Traditional Open (ETO) 2023 di Jerman.

“Kita berharap kerajaan dapat menyalurkan peruntukan bagi menyediakan fasiliti sukan riadah tersebut melalui Kementerian Belia dan Sukan,” katanya semasa Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seramai 10,000 orang menyertai pelbagai acara sempena HSN di Padang Top Ten, Majlis Daerah Sipitang antaranya pertandingan Gasing Pangkah Tradisional, bola jaring, futsal, bola tampar, petanque,  berbasikal dan demonstrasi silat serta Muay Thai. 

Matbali juga berkata sukan sebagai agenda nasional mampu menyemarakkan semangat patriotik dan wadah membentuk Malaysia Madani yang harmoni.

Advertisement
“Melalui HSN, kita mahu memupuk kesedaran kepentingan mewujudkan masyarakat cergas dan aktif di samping menambah pengetahuan sukan. 

“Selain itu, HSN dapat meningkatkan perkembangan ekonomi setempat, meningkatkan pembangunan dan sebagai pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti sukan serta membangunkan sukan di peringkat akar umbi. 

Advertisement
“Oleh itu, sambutan HSN Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah akan dilaksanakan secara bergilir ke daerah-daerah lain pada masa akan datang,” ujarnya yang juga Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia. 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, Datuk Dr. Yusuf Yacob dan Pegawai Daerah Sipitang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk HSN Bahagian Pedalaman Bawah 2023, Awang Raimy Pg. Abdul Rahman. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here