Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hotel Labuan akan diroboh
Published on: Sunday, October 22, 2023
Published on: Sun, Oct 22, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Hotel Labuan akan diroboh
Bangunan ini akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan era baharu.
LABUAN: Hotel Labuan yang pernah menjadi lambang kebanggaan pulau bebas cukai ini, akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail.

Beliau berkata lembaga pengarah pihak berkuasa tempatan itu sudah memberi lampu hijau untuk perobohan hotel 10 tingkat berkenaan sama ada tahun ini atau awal tahun depan.

Advertisement
“Kami akan membuka tender secepat mungkin sebaik sahaja mendapat anggaran peruntukan untuk proses perobohan,” katanya mengulas tentang pendedahan yang dibuat Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman dalam kumpulan WhatsApp Dewan Perniagaan Labuan.

Rithuan berkata Perbadanan Labuan akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi memastikan proses merobohkan bangunan itu mematuhi garis panduan keselamatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hotel dengan 150 bilik itu didapati tidak selamat pada 1997 kerana strukturnya tidak sempurna, lalu Lembaga Pembangunan Labuan yang kini dikenali sebagai Perbadanan Labuan mengambil keputusan untuk menutup hotel itu sebagai langkah keselamatan.

Bangunan itu pernah menjadi hab untuk pelancong dalam dan luar negara serta menjadi lokasi pertemuan untuk pemimpin kerajaan dan ahli politik, bagaimanapun setelah ditinggalkan begitu lama, hotel itu menjadi usang dan rosak serta menjejaskan pemandangan di tengah-tengah bandar Labuan.

Advertisement
Dalam pada itu, Rithuan berharap agar perobohan hotel berkenaan akan membuka pintu kepada pemaju untuk memberi nafas baharu di kawasan itu dan memberi laluan kepada pembangunan komersial yang akan membawa manfaat ekonomi kepada pulau dan penduduknya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here