Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem dipastikan tidak tersebar luas: Mohd Na'im
Published on: Sunday, November 19, 2023
Published on: Sun, Nov 19, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
 Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem dipastikan tidak tersebar luas: Mohd Na'im
KUALA LUMPUR: Semua agensi di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diminta memantau dan menghentikan penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem (gambar).

Menteri berkenaan Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata pejabatnya juga sentiasa berkerjasama rapat dengan polis bagi membendung segala bentuk ajaran sesat yang bergerak secara 'rahsia’.

Advertisement
"Kita hendak pastikan ajaran itu tidak tersebar luas dan menyeleweng akidah masyarakat Islam di negara kita," katanya kepada pemberita selepas menyantuni asnaf pada program Ziarah Asnaf Siri 4 di sekitar Wangsa Maju di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan masyarakat mengenai ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem yang telah difatwakan sebagai sesat oleh Pejabat Mufti Terengganu pada 16 Nov lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohd Na'im turut mengingatkan umat Islam di negara ini untuk merujuk kepada pakar dan mereka yang berpengetahuan serta mematuhi sebarang fatwa berkaitan supaya tidak terikut-ikut dengan ajaran yang mampu memesongkan akidah.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here