Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Aryan menang pertarungan pro antarabangsa keduanya
Published on: Tuesday, November 21, 2023
Published on: Tue, Nov 21, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Aryan menang pertarungan pro antarabangsa keduanya
ARYAN (kiri) bersama Cyrille selepas pertarungan itu.
Kota Kinabalu: Atlet muaythai elit Sabah, Shah Aryan Shahzam dari Revolution Combat Gym memenangi pertarungan pro antarabangsa pada kejohanan Rentap Fighting Championship yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Apong, Kuching pada Sabtu lalu.

Atlet berusia 21 tahun itu dijatuhkan pada pusingan pertama oleh tendangan Mohd Hasbullah tetapi pulih dengan pantas untuk mempamerkan kebangkitan pada pusingan kedua dan ketiga sebelum memenangi pertarungan 51kg menentang lawannya dari Sarawak itu 29-28 (9-10, 10-9,10-9).

Advertisement
Ia juga merupakan kemenangan keduanya dalam kancah pertarungan pro antarabangsa selepas kemenangan pertamanya ke atas Muangfalek dari Thailand di Stadium Max Muaythai, Thailand pada September tahun lalu.

Pemenang pingat perak Sukan Malaysia (Sukma) 2022 itu dilatih oleh ketua jurulatih Sabah Cyrille Dhillon Tahing.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Cyrille, Aryan tidak akan mengambil bahagian dalam Sukma tahun depan dan kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertarungan pro dan antarabangsa.

Rentap Fighting Championship dianjurkan oleh Rentap Muaythai Gym Kuching, tempat latihan bintang One Championship Malaysia Johan Ghazali@Jojo.

Advertisement
Ia menarik petarung terbaik dari Thailand, Kemboja, Amerika Syarikat, Yaman termasuk petarung One Championship, Aryan Elias Gjazali dan Kabilan Kelevan.

Dua lagi atlet Sabah turut mengambil bahagian dalam pertarungan pro tempatan yang diadakan pada sebelah petang dengan keputusan yang berbeza.

Advertisement
Zeffenzie Hezron Douni memenangi pertarungan 56kg menentang atlet tempatan Huzaifah Abdurlahim dengan kemenangan ‘knock-out’, manakala atlet Sukma Eva Anastasia Warren tewas dalam keputusan berbelah bahagi kepada lawannya Cherilynn Christalle Chan dalam kategori 51kg.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here