KERAJAAN Negeri memperuntukkan sejumlah RM144.44 juta daripada Belanjawan Negeri 2024 ke arah inisiatif hijau yang bertujuan mencapai pembangunan seimbang dengan elemen kelestarian hijau, kata Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau berkata Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, dengan peruntukan RM7.81 juta, akan melaksanakan pelbagai aktiviti dan mengintegrasikan perlindungan alam sekitar yang mampan ke dalam semua pembangunan.
Masidi berkata selaras dengan program kelestarian hijau Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), keutamaan diberikan kepada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim serta meminimumkan risiko yang berkaitan dengan bencana.
Advertisement





