Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Hajiji ikrar sokong penuh
Published on: Wednesday, December 13, 2023
Published on: Wed, Dec 13, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Hajiji ikrar sokong penuh
Armizan (kiri), Hajiji dan Ewon
Tuaran: Kerajaan Sabah komited untuk terus memberi sokongan padu kepada barisan Jemaah Menteri baharu bagi memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata rombakan Kabinet itu sudah pasti bertujuan membawa kebaikan bukan hanya dalam sistem pentadbiran tetapi juga hasilnya kepada rakyat.

Advertisement
“Kita amat mengalu-alukan. Setelah setahun Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, beliau memikirkan perlu ada sedikit perubahan.

“Rombakan untuk menempatkan mereka (jemaah menteri) di tempat (kementerian) yang sesuai bagi membantu beliau mentadbir
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan (1963-2023) Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung di sini, pada Selasa. 

Barisan kabinet diumumkan Anwar pada Selasa antara lain menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) setelah memangku tugas itu sebelum ini.

Advertisement
Seorang lagi menteri dari Sabah iaitu Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang, kekal menggalas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Hajiji berkata pelantikan Armizan sebagai Menteri KPDN adalah satu perkembangan baik dan diyakini mampu menjalankan tugas di kementerian itu, yang disifatkan sebagai cukup mencabar kerana melibatkan isu-isu kos sara hidup rakyat.

Advertisement
“Beliau (Armizan) telah menjalankan tugas memangku beberapa bulan dan mungkin kerana itu Perdana Menteri melihat beliau boleh diberi peluang, maka beliau dipindahkan ke kementerian ini (KPDN).

“Saya yakin beliau boleh menjalankan tugasnya. Begitu juga dengan Datuk Ewon, saya nampak di bawah kepimpinan beliau kementeriannya memang cukup memuaskan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here