Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rangka kerja akan dikemuka kepada Kerajaan Persekutuan, Negeri: Ewon
Published on: Thursday, December 21, 2023
Published on: Thu, Dec 21, 2023
Text Size:
Text:
Rangka kerja akan dikemuka kepada Kerajaan Persekutuan, Negeri: Ewon
Perbincangan meja bulat diketuai oleh Ewon (duduk keenam kanan) mengenai rangka kerja yang dicadangkan.
Kota Kinabalu: Rangka kerja yang dicadangkan bagi mekanisme pembayaran balik 40 peratus daripada hasil Persekutuan di Sabah akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Presiden Upko Datuk Ewon Benedick berkata cadangan itu mempertimbangkan isu teknikal berkaitan ketersediaan data kutipan hasil Persekutuan di Sabah sejak 1974 dan langkah ke hadapan yang lebih praktikal.

Advertisement
“Sebagai ahli Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 (JTMTPMA63), saya mengambil inisiatif mengadakan perbincangan meja bulat dengan pemimpin Sabah yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing bagi membincangkan rangka kerja mekanisme yang boleh dikemukakan kepada kerajaan untuk pelaksanaan pembayaran balik 40 peratus daripada hasil Persekutuan di Sabah.

“Saya akan mengemukakan rangka kerja mekanisme yang dicadangkan kepada kerajaan melalui perbincangan dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri II dan Ketua Menteri Sabah sebelum mesyuarat MTPMA63 dan JKMTPMA63 diadakan awal tahun depan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya juga mencadangkan agar satu pra majlis yang melibatkan ahli mesyuarat dari Sabah diadakan lebih awal supaya kita dapat membentangkan naratif yang sama.

“Lagipun, kita mahu sebarang bayaran khas kepada Sabah adalah berdasarkan formula 40 peratus seperti dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada perbincangan meja bulat, di sini, Selasa.

Advertisement
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi berkata rangka kerja yang dicadangkan itu perlu dibentangkan dan dibincangkan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah selaras dengan keputusan kerajaan menetapkan satu tahun mulai Julai 2023 untuk memuktamadkan mekanisme pembayaran.

Turut hadir ialah bekas Ketua Menteri Tan Sri Bernard Dompok, wakil Sabah di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Petrus Gimbad, bekas Presiden Persatuan Undang-undang Sabah Datuk Roger Chin dan Datuk John Sikayun, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah Prof Datuk Dr Ramzah Dambul dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Bumburing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here