Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
26 sekolah uzur di Lumadan akan dibaiki di bawah RMK13
Published on: Thursday, January 25, 2024
Published on: Thu, Jan 25, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
26 sekolah uzur di Lumadan akan dibaiki di bawah RMK13
RUSLAN (tiga dari kiri) menyampaikan kit alat tulis kepada salah seorang calon SPM SMK Gadong pada majlis itu.
BEAUFORT: Terdapat kira-kira 26 sekolah berskala 7 (tidak selamat) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan dimasukkan ke Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk penambahbaikan.

Adunnya, Datuk Ruslan Muharam berkata, ia perlu kerana rata-rata kondisi sekolah-sekolah terlibat sudah ‘uzur’ kerana sudah terlalu lama dan perlukan perhatian segera kementerian terlibat.

Advertisement
Menurutnya, terdapat beberapa sekolah masih menggunakan bangunan dari papan kayu malah sudah didirikan sejak 50 tahun lalu dan dikhuatiri insfrastrukturnya sudah tidak selamat.

“Sebahagian besar senarai sekolah skala 7 di kawasan ini sebelumnya sudah pun dimasukkan RMK12 namun hingga sekarang belum ada apa-apa tindakan menyebabkan kita membawa semula ke RMK13,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Restu Ilmu Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, di sini, Rabu.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, terdapat dua lagi sekolah yang dikenalpasti skala 7 untuk dimasukkan ke RMK13 iaitu SMK Gadong dan SK Lupak.

Advertisement
Mengulas lanjut beliau berkata, selain sudah berusia lama, struktur bumbung salah satu bangunan di kedua-dua buah sekolah terbabit pernah diterbangkan angin ribut sebelum ini hingga menjejaskan PnP pelajar.

“Justeru, saya berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat membuat penilaian segera terhadap dua sekolah ini bagi membolehkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort menyediakan laporan untuk dibawa ke RMK13.

Advertisement
“Pada masa sama, saya juga akan berbincang dengan Ahli Parlimen Sipitang (Datuk Matbali Musah) agar menyuarakan perkara ini pada sidang Parlimen akan datang bagi memastikan kementerian terlibat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Ruslan berkata, persekitaran sekolah yang selesa, selamat dan kondusif bukan saja akan memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga guru-guru yang berkhidmat di sekolah terbabit, sekaligus menyumbang kepada jumlah pelajar cemerlang.

Katanya, ramai pelajar cemerlang di DUN ini namun pihaknya mensasarkan lebih banyak yang mendapat keputusan baik akan tetapi usaha ini akan terganggu sekiranya ada bilik darjah tidak dapat digunakan disebabkan beberapa faktor keselamatan.

“Ini akan menjejaskan pembelajaran anak-anak sedangkan guru-guru sudah bersemangat untuk mengajar. Oleh itu, saya harap mana-mana sekolah daif dinaiktaraf demi melahirkan ramai pelajar cemerlang selari dengan slogan ‘Lumadan Sejahtera’,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here