Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan negeri prihatin kepentingan belia: Mazlan
Published on: Wednesday, February 07, 2024
Published on: Wed, Feb 07, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kerajaan negeri prihatin kepentingan belia: Mazlan
MAZLAN (kiri) bersama Shahelmey (dua dari kiri) dan Ellron (tiga dari kiri) pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan kepentingan belia di Sabah melalui pemberian pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBSS) bagi memperkasa pembangunan golongan tersebut.

Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah (MBS), Mazlan Joehari Manan berkata, usaha itu dapat disaksikan melalui peruntukan Bajet Sabah tahun ini sebanyak RM16.89 juta bagi pelaksanaan Program Pembangunan Kepimpinan Belia.

Advertisement
“Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga meneruskan peruntukan untuk Program Skim Kejayaan Usahawan Belia Sabah (Syabas) dan program Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) melalui KBSS. 

“Malah turut menyediakan RM44 juta untuk pelaksanaan 10 inisiatif bagi membantu belia melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta dan awam,” katanya pada Majlis Apresiasi dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MBS yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji diwakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya pada majlis yang turut dihadiri Menteri KBSS, Datuk Ellron Alfred Angin, di sini, Ahad lepas.

Mazlan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Menteri berkata, MBS pada tahun lepas berjaya melaksanakan 500 program dengan penglibatan kira-kira 200,000 belia.

Advertisement
Katanya, kejayaan pelaksanaan semua program itu adalah hasil sokongan dan sinergi bersama 17 badan gabungan MBS, KBSS, JBS, agensi-agensi kerajaan dan sektor korporat.

Dalam pada itu, Mazlan menggesa kerajaan negeri supaya MBS dilibatkan secara langsung dalam memberi input dan maklumat sebelum Enakmen Belia Sabah (EBS) dilaksanakan.

Advertisement
Beliau berkata, MBS sehingga hari ini masih belum dapat gambaran jelas mengenai status pengwujudan EBS dan berharap Enakmen itu segera diwujudkan.

Menurutnya, EBS perlu diwujudkan sebelum pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2019 pada 1 Januari, 2026 oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kepimpinan MBS dan badan gabungan MBS mengambil ketetapan bahawa penurunan had umur belia kepada 30 tahun belum lagi sesuai untuk dilaksanakan di Sabah. 

“Kerajaan negeri dan MBS perlu ada garis masa dan program lebih sesuai untuk menyediakan belia-belia Sabah membarisi kepimpinan MBS dan pertubuhan-pertubuhan belia yang ada pada hari ini,” tegasnya.

Terdahulu, seramai 37 individu dari beberapa badan belia seluruh Sabah dan MBS menerima anugerah khas disampaikan Shahelmey  di majlis tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here