Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
BAM lantik Anthony kendali kursus pengadil di Miri
Published on: Saturday, April 27, 2024
Published on: Sat, Apr 27, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
BAM lantik Anthony kendali kursus pengadil di Miri
ANTHONY (kiri) menerima cenderahati daripada Setiausaha Agung Badminton Asia, Datuk Kenny Goh, selepas mengendalikan kursus di ibu negara, awal tahun ini.
Kota Kinabalu: Datuk Anthony Linggian dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengadakan kursus pengenalan kepada pengadil di Miri, Sarawak pada 26 Mei.

Menurut beliau, kursus dua hari itu bertujuan untuk mempersiapkan peserta dari Sarawak bagi kursus-kursus pengadilan bertauliah BAM pada masa akan datang, terutamanya berkenaan penilaian dan kenaikan taraf, telah menerima sambutan yang amat positif.

Advertisement
Warga Sabah itu berkata beliau akan terus tinggal di Miri sehingga 30 Mei untuk membantu Kejohanan Remaja tempatan sebagai pengadil kejohanan di mana beliau akan menunjukkan seni pengadilan.

Beliau sebelum itu turut mengendalikan kursus pengadil bertauliah Badminton Asia di Kuala Lumpur pada Januari tahun ini yang disertai 36 calon dari seluruh Asia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata pembentangan itu dijalankan selama lima hari diikuti dengan peperiksaan bertulis untuk calon-calon berkenaan mendapat kenaikan taraf sebagai pengadil antarabangsa.

Tambahnya, kursus pengadil bertauliah BAM dengan 14 calon turut dikendalikannya di Pulau Pinang November lalu.

Advertisement
Menurutnya, kursus itu akan membantu banyak negeri di negara ini melantik pengadil BAM bagi menguruskan kejohanan tempatan dan juga kejohanan kebangsaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here