Kota Kinabalu: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) akan memperkenalkan Festival Ambuyat bermula tahun ini, kata Presidennya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri itu berkata, Festival Ambuyat akan diadakan secara bergantian dengan Festival Baurung-Urung yang diadakan selama dua tahun berturut-turut sejak 2022.
“Untuk tahun ini, kita akan mengadakan Festival Ambuyat secara bergilir-gilir setiap dua tahun sekali dengan Festival Baurung-Urung,” kata Dr Mohd Arifin pada Majlis Sambutan Aidilfitri PMBS di Hotel Raia, Sembulan, di sini, Ahad.
Advertisement





