Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Abai panggilan mencurigakan, tidak diketahui: DSP Ismail
Published on: Monday, May 27, 2024
Published on: Mon, May 27, 2024
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Abai panggilan mencurigakan, tidak diketahui: DSP Ismail
DSP Ismail dan yang lain bergambar beramai-ramai di majlis tersebut.
BEAUFORT: Orang ramai diingatkan supaya tidak melayan sebarang panggilan telefon yang mencurigakan atau tidak diketahui bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. 

Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah berkata: “Penipu hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk mencuri wang daripada pemegang akaun melalui penipuan.

Advertisement
“Mereka mungkin mengaku sebagai pegawai polis, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pegawai Kastam mahupun pegawai Mahkamah.

“Jika sesiapa menerima panggilan telefon yang mencurigakan meminta nombor akaun bank anda, sila abaikan serta-merta kerana anda akan kehilangan semua wang anda dalam masa yang singkat. Buat laporan polis dan kami akan bertindak segera.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian selepas bacaan Yasin dan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Ridzuan Bidin di Masjid Nurul Iman di Weston, disertai 50 anggota polis pelbagai pangkat bersama kira-kira 600 yang lain. 

Ismail juga memberi amaran kepada penipu bahawa polis akan mengambil langkah drastik untuk menghalang mereka daripada menipu orang ramai.

Advertisement
Berhubung acara keagamaan itu, beliau berkata ia bagi mengeratkan hubungan baik antara polis dan masyarakat.

“Saya amat teruja dengan penyertaan masyarakat Islam Weston dalam program ini sambil menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama erat bagi mencegah jenayah secara keseluruhannya,” katanya.

Advertisement
Program ini merupakan salah satu inisiatif hubungan dua hala untuk mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat setempat. 

Pada majlis itu, polis turut menyampaikan sumbangan kepada pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Iman.

Hadir sama, pegawai kanan polis pelbagai pangkat, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Ismail Kambar dan jawatankuasanya, Imam Shamsul Tuah serta pembantunya Imam Ramli dan Imam Samin Sidek.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here