Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
APMM tahan ‘runner’ minyak 
Published on: Sunday, June 02, 2024
Published on: Sun, Jun 02, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
APMM tahan ‘runner’ minyak 
TANGKAPAN juragan bot penumpang dipercayai ‘runner’ minyak di perairan Tawau.
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya menahan dua bot penumpang tempatan dipercayai ‘runner’ minyak kerana membawa muatan tanpa permit dalam dua tangkapan berasingan, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang juragan lelaki warga tempatan, 47, bersama muatan empat gelen minyak petrol dengan anggaran 140 liter dan 2 tong gas LPG berisi tanpa sebarang permit sah.

Advertisement
Terdahulu, katanya, kapal peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Sejahtera dan Op Tiris mengesan lalu memintas sebuah bot penumpang yang bergerak dari Jeti CIQ, Tawau menuju ke Pulau Sebatik sekitar jam 10.10 malam.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.1 batu nautika timur laut Tanjung Saima itu mendapati juragannya membawa barang kawalan tanpa permit,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, tangkapan kedua dilakukan sekitar sejam selepas penahanan bot pertama iaitu di lokasi 1.24 batu nautika timur laut Tanjung Saima.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot penumpang tersebut mendapati seorang juragan lelaki warga tempatan, 23, juga membawa muatan lima gelen minyak petrol anggaran 175 liter tanpa sebarang permit dan melanggar syarat sah lesen bot penumpang.

Advertisement
Shahrizan berkata, kedua-dua bot bersama muatan dan juragannya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau serta diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes itu, katanya, disiasat di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967.

Advertisement
Beliau berkata, kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan yang dianggarkan bernilai RM52,000 akan disita sehingga proses siasatan selesai.

Mengulas lanjut, Shahrizan berkata, pihaknya tidak menolak wujudnya ‘runner’ minyak yang menjalankan aktiviti membawa barang kawalan ini dalam kuantiti kecil namun secara berulang bagi menembusi pasaran di negara jiran. 

“Itu antara cabaran penguatkuasaan di kawasan persempadanan, namun kita akan terus mengekang sindiket penyeludupan ini bagi mengelakkan ketirisan barang kawalan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (Esszone).

Justeru, beliau meminta komuniti maritim agar terus menyalurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 dan talian MERS 999.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here