Kota Kinabalu: Festival "Soul to Soul" perlu diperluaskan ke daerah lain di negeri ini agar lebih ramai rakyat dapat menyertainya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ini kerana katanya program ini telah disusun dengan pelbagai aktiviti, modul dan pengisian yang berbentuk kerohanian serta ilmu yang bermanfaat kepada seisi keluarga.
Beliau berkata, penganjuran festival yang antara objektifnya adalah membimbing masyarakat mengenal dan mencintai Allah dan Rasul melalui aktiviti yang dijalankan serta meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan utama, amat penting dalam
keadaan dunia yang semakin memcabar ini.
“Jika kita lihat pada masa ini, terlalu banyak program yang berbentuk hiburan semata-mata , yang disajikan kepada masyarakat yang boleh menyebabkan kelalaian," kata beliau menurut kenyataan media.