KUCHING: Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 yang meletakkan semua sumber hidrokarbon di bawah Petronas tidak melenyapkan hak perlembagaan Sarawak untuk mengawal kawasan tanahnya dari mana minyak dan gas ini dikeluarkan.
Perkara sama juga harus terpakai bagi Sabah kerana biarpun Parlimen meluluskan Akta Labuan, suatu peruntukan khas untuk tujuan PDA, apa sahaja sumber petroleum yang diekstrak dari dan sekitar wilayah persekutuan itu dianggap sebagai sebahagian daripada Sabah, yang berhak mendapat bahagian royalti dan pembayaran hasil lain.
Penasihat undang-undang Kerajaan Sarawak Dato Sri JC Fong (gambar) berkata demikian pada Simposium Negeri Borneo Kedua bertemakan “Merealisasikan Impian dan Visi Rakyat Negeri Borneo” di Auditorium Muzium Budaya Borneo, baru-baru ini. Ia dianjurkan oleh “The Sarawak Initiatives” (TSI) dan “Sabah Action Body Advocating Rights” (Sabar).
“Saya ingin berkata ini, dan mengatakan ini dengan jelas. PDA, kalau anda lihat Seksyen 2 PDA, hanya meletak hak petroleum, hak petroleum sahaja, pada Petronas.
Advertisement





