KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada Sabtu meluangkan masa bersama pelumba basikal Sukma negeri Akmal Thaqif Begurdy yang mengalami kecederaan susulan kemalangan pada permulaan perlumbaan lepas beramai-ramai Khamis lalu.
Akibatnya, remaja berusia 17 tahun dari Tawau itu terpaksa menarik diri daripada acara kriteria yang sepatutnya disertainya pada Sabtu.
Hajiji diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Chef De’ Mission Datuk Mansur Asun melahirkan rasa simpati kepada atlet itu dan berharap dia cepat sembuh.
Beliau kemudiannya menghadiri majlis perasmian Sukma XXI Sarawak 2024 di Stadium Negeri yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.