Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Skuad petanque dapat pujian
Published on: Monday, August 26, 2024
Published on: Mon, Aug 26, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Skuad petanque dapat pujian
ANGGOTA pasukan dan pegawai petanque Sukma.
Kota Kinabalu: Pasukan petanque Negeri yang membawa pulang dua pingat emas pada Sukma Sarawak XXI yang baru berakhir mendapat pujian atas pencapaian mereka.

Dua emas itu dimenangi oleh Marysa Appel @ Denny, Siti Noor Ellyshatul Balqish Suhaimi dan Thadis Henhera Vennice dalam acara bertiga wanita dan pasukan campuran yang dibarisi Muhammad Aeqhmal Mohammad Ardhy, Maxivianna Robert dan Siti Nur Vivianah Chia.

Advertisement
Presiden Persatuan Sukan Boules Sabah (PSBS) Morsede Mohamad dalam satu kenyataan pada Ahad mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan memuji usaha mereka.

“Kali ini di Sukma, atlet petanque Sabah melakukan aksi yang sangat baik dan berjaya membawa pulang dua pingat emas. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami sangat gembira dengan pencapaian atlet kami dan berharap akan melakukan lebih baik pada Sukma akan datang 2026 dengan mengutip lebih banyak pingat untuk Sabah,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF) atas sokongan mereka dalam membantu memajukan sukan itu.

Advertisement
Naib Canselor UCSF Dr Rafiq Idris turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen petanque atas kejayaan mereka dan berkata mereka komited untuk terus menyokong sukan itu.

“Petanque adalah sukan yang semakin popular terutama dalam kalangan anak muda di Sabah.

Advertisement
“Dari perspektif universiti, kami sentiasa menyokong pembangunan petanque seperti sukan lain di Sabah,” katanya.

Sementara itu, semua atlet yang memenangi pingat emas sebelum ini merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Sabah, PSBS dan UCSF atas dorongan dan sokongan mereka.

Pasukan negeri tahun ini diwakili oleh 14 atlet dengan tujuh lelaki dan tujuh wanita, dan mereka menyertai semua acara yang diadakan di Arena Petanque di Santubong, Kuching.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here