Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
11 tuntutan MA63 diselesaikan
Published on: Tuesday, September 17, 2024
Published on: Tue, Sep 17, 2024
By: Jozie John
Text Size:
Text:
11 tuntutan MA63 diselesaikan
Mustapha juga berkata Keadilan adalah satu-satunya parti nasional yang menegakkan kepentingan MA63 dalam membina negara yang adil.  
Kota Kinabalu: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata ia penting untuk mengiktiraf perjuangan dan usaha berterusan pemimpin-pemimpin lama dan sekarang dalam menunaikan hak-hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, Hari Malaysia memperingati penggabungan Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang juga menjadi simbol perpaduan, keharmonian, dan komitmen dalam mengangkat martabat serta kesejahteraan semua rakyat Malaysia.  

Advertisement
Setakat ini, 11 tuntutan di bawah MA63 berjaya diselesaikan, dengan tujuh daripadanya diselesaikan dalam tempoh dua tahun di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

Antara pencapaian penting ialah kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik Sabah dan garis panduan khas untuk pengembalian tanah rizab bagi tujuan Persekutuan di Sabah dan Sarawak.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebelum ini, beberapa tuntutan juga berjaya diselesaikan di bawah Perdana Menteri terdahulu, seperti penyerahan pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Sabah.  

Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata tuntutan yang masih belum selesai akan diteruskan dan diselesaikan dengan penuh dedikasi oleh kerajaan Perpaduan-Madani, di bawah pimpinan Anwar melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).  

Advertisement
Beliau juga berkata Keadilan adalah satu-satunya parti nasional yang menegakkan kepentingan MA63 dalam membina negara yang adil.  

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar pastinya akan memastikan tuntutan MA63 dilaksanakan sebaik mungkin, dengan persetujuan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, selaras dengan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa yang adil antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia,” katanya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here