Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hajiji mahu GRS, PH pastikan kemenangan di Dun Melalap
Published on: Monday, September 23, 2024
Published on: Mon, Sep 23, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Hajiji mahu GRS, PH pastikan kemenangan di Dun Melalap
HAJIJI yang diiringi Rubin dan Jamawi disambut oleh perwakilan dan pemerhati serta pemimpin-pemimpin parti komponen GRS dan PH.
Tenom: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor mahu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) memastikan kemenangan di Dun Melalap pada Pilihan raya Negeri akan datang.

“Kita tidak mahu rakyat kita di Melalap rugi kerana diwakili pembangkang. Oleh itu saya mahu kita bersatu hati bagi memastikan kemenangan bergaya bagi GRS-PH Plus di Dun Melalap ini,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Melalap di Dewan SM Tshung Tsin di sini, Sabtu.

Advertisement
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri berkata, beliau selalu berkata kepada pemimpin-pemimpin untuk belajar daripada kesilapan lampau. Sabah ketinggalan akibat perpecahan.

“Di Sabah, sejarah politik kita asyik bergaduh. Ini harus jadi pengajaran, kalau kita bersatu hati dan bersandarkan kepada SMJ, negeri Sabah akan mendapat perubahan yang begitu besar dimasa hadapan

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Gagasan Rakyat merupakan sebuah parti berbilang kaum dan inilah matlamat perjuangan kita untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan keturunan,” katanya.

Ketua Menteri itu berkata, berkenaan usul-usul yang diluluskan Gagasan Rakyat Bahagian Melalap semasa Mesyuarat Tahunannya, beliau memberi jaminan akan meneliti dan menimbang sebaik mungkin.

Advertisement
“Terutamanya berkenaan tanah, terdapat banyak permohonan yang dibuat bertahun lamanya tetapi sehingga sekarang belum mendapat kelulusan. Saya sendiri ingin tahu mengapa ini terjadi.

“Terdapat tanah perkampungan yang didirikan dalam kawasan Hutan Simpan. Kita akan keluarkan supaya rakyat kita dapat tinggal di atas rezab kampung yang sah. 

Advertisement
“Saya ingat setelah kita ambil alih kerajaan beribu-ribu ekar tanah telah kita keluarkan daripada Hutan Simpan di seluruh Sabah. Saya akan ambil perhatian yang serius tentang isu yang sama di daerah ini,” jelasnya.

Pada majlis itu, Hajiji menerima 1,500 borang keahlian baharu Gagasan Rakyat Bahagian Melalap.

Beliau turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada mangsa bencana alam yang melanda Tenom pada 17 September lalu.

Turut hadir, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Melalap Datuk Jamawi Jaafar, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kemabong Datuk Rubin Balang, Bendahari Agung Gagasan Rakyat Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua komponen GRS dan Pakatan Harapan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here