KUDAT: Bangunan Sekolah Kebangsaan St Peter di sini terbakar 40 peratus manakala stor sekolah berkenaan musnah dalam kejadian awal pagi pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas, berkata bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.
Ishak berkata, pihak bomba seramai 17 orang termasuk tujuh pegawai bomba sukarela bersama sebuah jentera, sebuah EMRS dan tiga kenderaan utiliti tiba di lokasi kejadian pada jam 7.01 pagi setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 7 pagi.