Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
55 pelajar keracunan makanan di Membakut
Published on: Friday, September 27, 2024
Published on: Fri, Sep 27, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
55 pelajar keracunan makanan di Membakut
“Pihak sekolah telah mendapatkan perkhidmatan katering untuk menyediakan pek makanan kepada pelajar dan guru. Sebaik menerima aduan, mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Membakut untuk rawatan,” kata Awang Hazim.
MEMBAKUT: Seramai 55 pelajar Tingkatan Lima dan tiga guru SMK Membakut II mengalami keracunan makanan pada Rabu, dipercayai selepas memakan pek makanan yang disediakan katerer dalam satu program sekolah.

Ketua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Awang Hazim Awang Basir (gambar) berkata, mereka mengadu cirit-birit, muntah dan sesak nafas ketika menduduki suatu peperiksaan percubaan.

Advertisement
“Kesemua 55 pelajar itu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Sebelum mengalami simptom itu, mereka menyertai program sekolah anjuran Yayasan Sabah pada Selasa untuk mereka mempelajari teknik menjawab soalan SPM.

“Pihak sekolah telah mendapatkan perkhidmatan katering untuk menyediakan pek makanan kepada pelajar dan guru. Sebaik menerima aduan, mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Membakut untuk rawatan,” kata Awang Hazim, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Daripada 55 pelajar termasuk tiga anaknya berusia 13, 15 dan 17 tahun, 41 dan tiga guru itu mengalami simptom ringan manakala selebihnya mengalami simptom sederhana dan lapan diberikan titisan IV selama beberapa jam di klinik.

Semua pelajar dibenarkan pulang sekitar tengah hari Rabu.

Advertisement
Menjawab soalan, beliau berkata anaknya, Muhammad Fauzan Adli berusia 17 tahun yang turut menyertai program itu, memberi dua pek makanan sama kepada dua adiknya iaitu Hikmahtun Najihah, 15, dan Mohd Najib Naufal, 13, yang mengakibatkan mereka turut menderita keracunan makanan..

Menurutnya, pegawai Jabatan Kesihatan Sabah telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan mereka datang ke sekolah berkenaan untuk menyiasat kejadian tersebut serta mengambil sampel pada Rabu.

Advertisement
Sementara itu. Exco Pendidikan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arifin yang juga Adun Membakut memberitahu Daily Express, Khamis, bahawa beliau sedang menunggu laporan penuh daripada pengetua sekolah berkenaan mengenai kejadian itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here