Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lagi 35 pelajar di Nabawan dapat sumbangan
Published on: Saturday, September 28, 2024
Published on: Sat, Sep 28, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Lagi 35 pelajar di Nabawan dapat sumbangan
DECKSON (duduk, tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama pelajar yang menerima sumbangan.
NABAWAN: Seramai 35 pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson dalam satu majlis ringkas di pejabat Adun Nabawan, Jumaat.

Advertisement
Abdul Ghani berharap pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di mana-mana IPT supaya belajar bersungguh-sungguh.

“Harungilah cabaran yang bakal dihadapi dan berpeganglah dengan pegangan agama masing-masing disamping menyematkan pesanan ibu bapa masing-masing dalam hati” katanya dalam amanatnya yang dibacakan Deckson.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu Deckson berkata, kejayaan pelajar bukan sahaja menjadi kebanggaan ibu bapa tetapi juga masyarakat di daerah ini, amnya.

Turut hadir, Pegawai e-Kasih Razi Taihing, Pemaju Mukim Pensiangan Ambord Endim dan Staf pejabat Adun Nabawan Lamik Burong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here