Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
APMM tahan bot memukat di luar kawasan yang dibenarkan di Sandakan
Published on: Tuesday, December 03, 2024
Published on: Tue, Dec 03, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
APMM tahan bot memukat di luar kawasan yang dibenarkan di Sandakan
Pemeriksaan selanjutnya ke atas vesel terbabit turut menemukan radio VHF yang sedang digunakan tidak menepati standard yang ditetapkan serta diuji oleh SIRIM. (Gambar APMM)
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan menahan seorang tekong warga Indonesia dan tiga awak-awak yang berada di dalam sebuah vesel tempatan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan berhampiran Sungai Asam, di sini petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, sebelum itu, Kapal Maritim (KM) Tebrau yang sedang menjalankan Op Pluto Timur/Op Khas Cegah Pendatang Asing Tanpa Izin (OCP) Utara Covid 19 dan Op Tiris 3.0 telah mengesan sebuah vesel melalui radar sedang menarik pukat di luar kawasan yang dibenarkan iaitu 2.6 batu nautika dari daratan terhampir.

Advertisement
Jelasnya, pemeriksaan awal juga mendapati tekong itu mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah manakala tiga awak-awak berumur 19 hingga 41 tahun yang disyaki berbangsa Palauh telah mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Manakala pemeriksaan selanjutnya ke atas vesel terbabit turut menemukan radio VHF yang sedang digunakan tidak menepati standard yang ditetapkan serta diuji oleh SIRIM.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Kesemua suspek serta vesel kemudian diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia," tambahnya.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here