Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ewon yakin Kuskop capai KPI 2024
Published on: Monday, December 09, 2024
Published on: Mon, Dec 09, 2024
Text Size:
Text:
Ewon yakin Kuskop capai KPI 2024
Ewon berkata, beliau bangga kerana dalam tempoh dua tahun menerajui kementerian itu, banyak kejayaan telah dicapai dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian usahawan dan koperasi di negara ini.
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (gambar) yakin kementeriannya dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tahun 2024.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan semangat kerja berpasukan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua warga kementerian dan agensi-agensi di bawah kementeriannya selama ini.

Advertisement
“Saya sangat menghargai kebersamaan berpasukan, dedikasi dan passion warga kerja Kuskop selama dua tahun saya di kementerian ini yang mencetuskan banyak kebaikan kepada negara dan pemegang taruh kementerian iaitu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan penutupan Retreat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) - Perancangan Strategik Tahun 2025, di Pasific Sutera, di sini, pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kuskop Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Kuskop Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kuskop Noor Afifah Abdul Razak dan ketua-ketua agensi kementerian.

Ewon berkata, beliau bangga kerana dalam tempoh dua tahun menerajui kementerian itu, banyak kejayaan telah dicapai dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian usahawan dan koperasi di negara ini.

Advertisement
“Saya nyatakan rasa bangga kerana pasukan Kuskop is a ministry that always made it happen - sentiasa mencari ikhtiar untuk menjayakan segala inisiatif yang telah dirancang terutama yang baharu.

“Ianya bukan hanya terserlah melalui pencapaian KPI tetapi juga melalui testimoni kejayaan oleh pemegang taruh Kuskop termasuklah laporan prestasi PMKS negara,” katanya.

Advertisement
Bagaimanapun beliau berharap agar warga kerja Kuskop dan agensi-agensi terus membuat pertimbangan akal budi di sebalik ketelitian melaksana akta dan prosedur yang ditetapkan.

“Saya berharap warga kerja kementerian dan agensi-agensi membuat pertimbangan akal budi (common sense approach) di sebalik keberhati-hatian melaksana akta dan prosedur berasaskan kepada semangat we must facilitate, not to frustate and we do the right things the right way.

“Sementara kita bertegas dalam menguatkuasakan perundangan yang berada dalam kawalan kementerian, kita juga harus bertanggungjawab dan mencari jalan bagiamana mempermudahkan urusan para usahawan,” katanya.

Lima daripada enam KPI yang ditetapkan kementerian pada tahun ini berjaya mencapai sasaran iaitu pencapaian 100 peratus dalam tempoh Januari hingga awal Disember 2024.

Daripada 204 program yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini, 185 program telah dilaksanakan dan 19 program yang masih dalam fasa pelaksanaan dan dijangka selesai pada akhir Disember 2024

Setakat 5 Disember ini, Kuskop berjaya mencapai 89.9 peratus KPI 2024 dan yakin dapat mencapai 93 peratus sehingga hujung tahun ini serta mencapai semua sasaran KPI ditetapkan.

Berdasarkan pencapaian itu, Ewon yakin perancangan strategik 2025 Kuskop dapat dijayakan seperti yang dicapai pada tahun ini dan tahun sebelumnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here