Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kastam tahan kapal bawa petrol seludup RM250K, juragan di Sandakan
Published on: Tuesday, December 10, 2024
Published on: Tue, Dec 10, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kastam tahan kapal bawa petrol seludup RM250K, juragan di Sandakan
Penolong Ketua Pangarah Kastam, Zon Sabah, Siti Mang, menunjukkan tangki khas yang dibuat di kapal tersebut yang dipercayai untuk minyak petrol bersubsidi tersebut. (Gambar: Harian Ekspres/Mardinah Jikur)
SANDAKAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah menyita sebuah kapal tempatan yang membawa muatan minyak petrol bersubsidi sebanyak 111,391 liter yang dipercayai cuba diseludup keluar menerusi perairan menggunakan kapal kargo tempatan itu secara tidak sah baru-baru ini.

Penolong Ketua Pangarah Kastam, Zon Sabah, Siti Mang, berkata, sitaan dibuat pada 19 November 2024 kira-kira jam 7.48 malam selepas hasil maklumat yang disalurkan dari Cawangan Risikan Zon Sabah dimana pasukan serbuan yang terdiri daripada anggota kastam Cawangan Penguatkuasaan Lahad Datu dan Sandakan telah membuat serbuan ke atas sebuah kapal kargo tempatan itu.

Advertisement
Tambahnya, hasil pemeriksaan awal terhadap kapal kargo yang ditahan, pasukan serbuan kastam telah menjumpai sejumlah 111,391 liter minyak petrol dengan anggaran nilai harga RM228,351.55 dan anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM66,834.60.

Manakala kapal kargo tempatan yang disita dianggarkan bernilai RM250,000 sementara jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM545,186.15.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut ditahan seorang juragan kapal yang merupakan warganegara Malaysia untuk siasatan lanjut.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here