Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pengurus kedai perabot didakwa ganggu meter SESB
Published on: Friday, December 13, 2024
Published on: Fri, Dec 13, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pengurus kedai perabot didakwa ganggu meter SESB
Kesalahan di bawah Seksyen 61(3)(e) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 61(3)(e)(ii) Enakmen sama, membawa hukuman denda antara RM20,000 hingga RM1 juta, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Seorang pengurus kedai perabot berusia 66 tahun didakwa menghalang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) daripada merekodkan output elektrik dengan tepat, menyebabkan kerugian sebanyak RM50,804.35.  

Chan Chen Chung mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim atas pertuduhan dihadapinya.

Advertisement
Dia didakwa secara penipuan mengganggu meter bagi menghalangnya daripada merekodkan output elektrik dengan tepat, khususnya dengan menebuk lubang pada bahagian terminal bateri dan memutuskan litar arus fasa biru dalam meter terbabit, menyebabkan SESB mengenakan caj yang lebih rendah.  

Kesalahan di bawah Seksyen 61(3)(e) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 61(3)(e)(ii) Enakmen sama, membawa hukuman denda antara RM20,000 hingga RM1 juta, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 14 Januari 2025 untuk pengurusan kes praperbicaraan dan menawarkan ikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin tempatan kepada Chan.  

Timbalan Pendakwa Raya Nureen Nathasia tampil bagi pihak pendakwaan mewakili Suruhanjaya Tenaga Sabah manakala Chan diwakili oleh peguam George Ngui.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here