Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Gagasan Rakyat Membakut bidas gesaan Hajiji letak jawatan
Published on: Monday, December 16, 2024
Published on: Mon, Dec 16, 2024
Text Size:
Text:
Gagasan Rakyat Membakut bidas gesaan Hajiji letak jawatan
KEPIMPINAN dan akar umbi Gagasan Rakyat Membakut.
Kota Kinabalu: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Membakut membidas gesaan agar Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor meletakkan jawatan.

Ketua Penerangan, Ag Daud Ag Anak berkata desakan itu tidak berasas dan tidak munasabah.

Advertisement
“Gagasan Rakyat Membakut berdiri teguh bersama Hajiji, Timbalan Presiden Gagasan Datuk Seri Masidi Manjun dan Naib Presiden Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah serta pemimpin pusat lain.

“Sebagai rakyat Sabah, kita perlu berhati-hati dengan sebarang bentuk provokasi atau taktik jahat yang boleh memecahbelahkan kita.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita perlu bersatu untuk menghapuskan budaya fitnah dan tohmahan yang boleh merosakkan keharmonian dan kemajuan negeri kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Ag Daud berkata kepimpinan dan akar umbi Gagasan Rakyat Membakut, yang secara rasmi mempunyai 7,000 ahli akan bergerak bersama penyokong komponen GRS dan PH Plus di DUN Membakut bagi memastikan mereka menyumbang kerusi kepada GRS pada pilihan raya akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here