Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Musa penuhi syarat, lalui proses tepat
Published on: Sunday, December 22, 2024
Published on: Sun, Dec 22, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Musa penuhi syarat, lalui proses tepat
Rina berkata, sebelum membuat kritikan terhadap sesuatu perkara, rakyat perlu membuat kajian terlebih dahulu dan jangan mudah percaya dengan setiap yang diterima, khususnya melalui media sosial.
TAWAU: Rakyat Sabah diminta supaya tidak terpengaruh dengan mainan politik mengenai pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 pada Selasa lepas.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Rina Jainal berkata, parti politik juga tidak perlu membuat pelbagai propaganda untuk menghasut rakyat supaya mengkritik pelantikan Tun Musa, 73.

Advertisement
“Rakyat perlu ingat bahawa semua pertuduhan rasuah terhadap Tun Musa sudah pun digugurkan pada 2020 oleh Mahkamah dan keputusan itu perlu dihormati,” katanya dalam kenyataan media, Jumaat.

Menurutnya, pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sabah adalah mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Adun Kukusan itu berkata, bekas Yang di-Pertua Sarawak Almarhum Tun Abdul Taib Mahmud juga pernah dikritik mengenai dakwaan skandal rasuah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Namun, Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada pendakwaan terhadap Tun Abdul Taib dan rakyat Sarawak menerimanya dengan hati terbuka.

Advertisement
“Malah, sehingga kini kesatuan pemimpin dan rakyat negeri itu menjadikan Sarawak semakin maju dan ekonominya meningkat setiap tahun.”

Rina berkata, sebelum membuat kritikan terhadap sesuatu perkara, rakyat perlu membuat kajian terlebih dahulu dan jangan mudah percaya dengan setiap yang diterima, khususnya melalui media sosial.

Advertisement
“Cuba baca dan fahami Perlembagaan Negeri Sabah mengenai pelantikan Yang di-Pertua Negeri sebelum membuat sesuatu kritikan.

“Tun Musa mempunyai semua kriteria untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah, termasuk pengalaman luas dalam dunia politik dan menjadi Ketua Menteri Sabah untuk tempoh yang lama,” katanya.

Beliau percaya pelantikan Tun Musa mampu menstabilkan lagi keadaan politik di Sabah dengan mengambil kira pengalaman dan pengaruhnya yang luas dalam dunia politik.

Katanya, pengalaman beliau dituntut bagi menyatukan parti-parti politik yang mempunyai pelbagai ragam di negeri ini supaya pentadbiran Sabah bertambah baik pada masa hadapan.

Justeru, katanya, parti politik dan rakyat tidak seharusnya terus menuding jari kepada mana-mana individu ataupun kerajaan negeri mengenai pelantikan tersebut.

Apatah lagi, katanya, Tun Musa sudah pun menerima Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, dan semua menyaksikan sendiri ribuan rakyat negeri ini menyambut kepulangan beliau ke Sabah dengan susana yang sangat meriah.  

“Rakyat Sabah juga sudah ‘move on’ dan mahukan hidup dalam keadaan sejahtera di bawah pentadbiran negeri yang stabil.

“Kalau mahu berpolitik, ada gelanggang dan masanya, apabila tiba Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here