Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jenazah wartawan veteran TV3 selamat dikebumikan
Published on: Thursday, December 26, 2024
Published on: Thu, Dec 26, 2024
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Jenazah wartawan veteran TV3 selamat dikebumikan
Mendiang disembahyangkan di gereja katolik St. Martin, Kampung Malangang Lama, Kiulu, yang dihadiri lebih 100 orang saudara mara dan sahabat handai. (Gambar: Harian Ekspres/R. Gonzales)
KIULU: Jenazah Bekas Ketua Biro Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 Sabah Elphege Godomon selamat dikebumikan di tanah perkuburan kristian Kampung Malangang Baru dekat sini, jam 2 petang tadi.

Mendiang disembahyangkan di gereja katolik St. Martin, Kampung Malangang Lama, Kiulu pada jam 11 pagi yang dihadiri lebih 100 orang saudara mara dan sahabat handai.

Advertisement
Terdahulu, berita pemergian mendiang dimaklumkan abang mendiang, Ben Godomon di media sosial menyatakan mendiang menghembuskan nafas terakhir jam 5.30 pagi, 24 Disember lalu pada usia 53 tahun di kediaman keluarganya di Kampung Kionsom Lama, Kiulu.

"Dengan penuh dukacita, saya memaklumkan bahawa adik saya, Elphege Godomon, telah meninggal dunia pada sekitar jam 5.30 pagi, 24 Disember 2024, di rumah keluarga di Kampung Kionsom Lama, Kilometer 2.5, Jalan Kiulu".

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Marilah sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here